Monday, May 21, 2007

Kembara Hati bermula


Assalamualikum ,


Kisah perjalanan Kembara Hati ke Makkah Al Mukkahramah untuk mengerjakan umrah bersama isteri tercinta Pn Zeti Rafidah Abdul Khalid .


Perjalanan bermula dari KLIA pada 25th April 2007 , kami berkumpul di counter C di KLIA pada pukul 11.30am bersama ahli keluarga yg lain seramai 50 orang
Bersama sama teman sepejabat isteri , Pn Aznin bersama suami En Rosmizan (Ijan) kami bersiap sebelum taklimat akhir di KLIA dan terus untuk check in
Pada pukul 12pm ibunda tersayang Hajah Rokiah bersama adinda berdua Syahrul Zaman dan Syahroziham turut datang untuk menucapkan selamat jalan .
Pukul 1.00pm kami bersiap dalam pakaian ihram kerana kami akan terus masuk ke Makkah untuk mengerjakan Umrah kami .
Pernerbangan pada pukul 3pm kami check in masuk pada pukul 2pm .
Lutfi Naim anak kami ditinggalkan bersama Ibu dan Ayah untuk dijaga selama 2 minggu . Kami berdoa semoga tuhan tabahkan hatinya dan tenangkan hatinya sepeninggalan kami . Sedih kami pilu kami tak terhingga sehingga terbawa bawa didalam tidur.

No comments: